Mulai tahun Januari 2012 permohonan pinjaman melalui bank diperketat. Dalam erti lain makin susah kita untuk memohon pinjaman melalui bank kerana banyak syarat baru digunakan oleh pihak bank.
Semua syarat bank baru digunakan pada
- Januari 2012
- Bank perlu memberi maklumat terperinci mengenai produk pinjaman
- Pihak bank mengambil kira pendapatan bersih pemohon.
KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketatterhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan, berkuat kuasa 1 Januari depan.Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia semalam, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar.
SUMBER : Berita Harian
Bank Negara Malaysia juga telah menetapkan beberapa garis panduan kepada institusi kewangan bagi memastikan pemohon benar-benar faham mengenai produk yang diambil serta implikasi ke atas pilihan mereka.Antara garis panduan yang ditetapkan ialah
- Memberikan maklumat terperinci mengenai pinjaman
- Jumlah pembayaran balik oleh peminjam
- Jumlah kos kadar faedah
- Kesan kenaikan faedah pembiayaan yang diambil
Garis panduan ini diguna pakai kepada pemohonan baru bagi pemilikan tunggal perniagaan bagi pembiayaan:-
- Pembiayaan Rumah
- Pembiayaan Kenderaan
- Pembiayaan Peribadi termasuk overdraf
- Pembiayaan Untuk Membeli saham
- Kad Kredit dan kad caj
Bagi Pembiayaan Kenderaan selain penilaian kemampuan pembayaran balik yang ketat, garis panduan tersebut turut menghadkan
- Tempoh pembayaran balik maksima 9 tahun
- Berkuat kuasa serta merta
Garis panduan ini adalah berdasarkan kesesuaian tempoh pembiayaan dengan jangka hayat kereta.
Garis Panduan yang ditetapkan oleh Bank Negara ini juga bagi menggalakkan pemberian pinjaman dengan berhemah,bertanggungjawab dan telus di kalangan institusi kewangan
Bank Negara juga berkata institusi kewangan yang diletakkan di bawah skop Bank Negara, Suruhanjaya Koperasi juga akan turut melaksanakan garis panduan itu ke atas semua koperasi yang memberi pembiayaan kepada ahlinya.
Ketika ini pinjaman bagi kakitangan kerajaan hanya mengambil kira peratusan potongan hanya dalam penyata gaji
- 60% bagi kakitangan kerajaan
- 50% bagi kakitangan swasta
Tapi kini syarat telah diperketatkan dengan mengambil kira:-
- Peratusan Potongan dalam Penyata Gaji
- Pembayaran balik pinjaman kereta
- Pembayaran balik pinjaman rumah
- pembayaran kad kredit
- pembayaran cukai berjadual
- Bilangan tanggungan
- CCRIS record
- CTOS report
Semua maklumat ini digunakan untuk mengira Debt Service Ratio (DSR) jika DSR anda menepati garis panduan Bank Negara maka pinjaman anda diluluskan dan jika sebaliknya maka pinjaman anda akan ditolak oleh pihak bank.
Walau bagaimana pun tema pinjaman1malaysia akan terus memberikan khidmat nasihat terbaik kepada setiap pelanggan kami bagi menyelesaikan masalah pemohonan pinjaman anda!
No comments:
Post a Comment
ATT: Kami akan monitor komen anda sebelum berjaya masuk ke ruang komen